Blok mahsuri mempunyai 89 buah bilik. Merupakan blok yang paling banyak bilik berbanding blok-blok lain di KC dan boleh menempatkan sekurang-kurangnya 178 orang siswi. Di setiap aras di blok mahsuri terdapat bilik pantri, bilik study dan hanya di aras ground floor sahaja ada bilik tv. Semua warga KC boleh menggunakan kemudahan infrastruktur di blok mahsuri dan tidak terhad sahaja kepada warga blok mahsuri. Manakala di setiap aras di bilik pantri juga ada di sediakan iron, heater dan water cooler bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada warga blok mahsuri.
Blog blok mahsuri ini diwujudkan adalah hasil perbincangan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor bagi memudahkan warga KC memberi pendapat mahupun sebarang masalah secara terus melalui blog ini. Tujuan utama blog ini adalah untuk mengeratkan hubungan warga blok mahsuri mahupun warga KC semua dengan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor. Exco Blok Mahsuri untuk sesi 2011/2012 ialah Nur Munira Binti Abdullah yang menetap di aras tiga blok mahsuri. Selain itu, warga blok mahsuri juga boleh berjumpa dengan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) aras masing-masing.
Antara MTM yang tinggal di blok mahsuri ialah di aras bawah, para warga boleh berhubung secara terus dengan Che Wei Sien yang merupakan MTM dari Exco Biro Pembangunan Kerjaya dan Alumni (PEKA). Manakala di aras satu terdapat dua orang MTM dimana berada di wing kanan dan kiri. Di wing kanan ialah Noraireena Binti Yem merupakan Timbalan Presiden I manakala di wing kiri pula ialah Maizatul Azieda Binti Mohd Hassan Adli iaitu dari Exco Biro Sukan Siswi. Aras dua pula MTM arasnya terdiri daripada Exco Biro Akademik (BAKA) iaitu Amirah Binti Baharin.
Sebarang masalah atau cadangan boleh lah berhubung dengan mana-mana MTM atau dengan MTM aras masing-masing serta dengan Exco blok mahsuri sendiri ataupun anda boleh tinggalkan komen anda disini. Kerjasama anda semua sangat dihargai. Bersama-samalah kita menjadikan blok kita kearah kecermelangan. Semoga blok mahsuri terus maju sejajar dengan misi dan visi Kolej Canselor.
Nur Munira Binti Abdullah Exco Blok Mahsuri Aras 3 |
wah!!!!
ReplyDeletewow!!!
ReplyDeletethanks ye..smoga blog blok mahsuri akan trus maju..bersama2 lah kita...
ReplyDeletemun, meera, azie, muke kite mmg muke penghuni tetap mahsuri ke pe weyh ?? haha. i lap mahsuri <3
ReplyDeletehahaa..tau xpe..brsama2 la kite maju kn mahsuri ye..sokongan anda amatlah dihargai...
ReplyDelete