Blok mahsuri merupakan salah satu blok yang terdapat di Kolej Canselor (KC). Antara blok-blok lain yang terdapat di KC ialah
blok masria, blok malinja dan blok murni. Blok mahsuri, masria dan malinja menempatkan siswi manakala blok murni merupakan satu-satunya blok yang menempatkan siswa di KC. Untuk pengetahuan warga KC, dahulunya KC di kenali dengan nama Kolej Kediaman Ke-empat (1973) dan Kolej Jelapang (1975). Kesemua nama blok di KC adalah berasaskan daripada jenis-jenis padi. Kini KC telah di anggotai oleh
22 orang
Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor Sesi 2011/2012 dan diketuai oleh Pengetua
Dr. Hanafiah Ayub dengan berteraskan moto KC iaitu "
Kekal Cemerlang".
Blok mahsuri mempunyai 89 buah bilik. Merupakan blok yang paling banyak bilik berbanding blok-blok lain di KC dan boleh menempatkan sekurang-kurangnya 178 orang siswi. Di setiap aras di blok mahsuri terdapat bilik pantri, bilik
study dan hanya di aras
ground floor sahaja ada bilik tv. Semua warga KC boleh menggunakan kemudahan infrastruktur di blok mahsuri dan tidak terhad sahaja kepada warga blok mahsuri. Manakala di setiap aras di bilik pantri juga ada di sediakan
iron, heater dan
water cooler bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada warga blok mahsuri.
Blog blok mahsuri ini diwujudkan adalah hasil perbincangan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor bagi memudahkan warga KC memberi pendapat mahupun sebarang masalah secara terus melalui blog ini. Tujuan utama blog ini adalah untuk mengeratkan hubungan warga blok mahsuri mahupun warga KC semua dengan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor.
Exco Blok Mahsuri untuk sesi 2011/2012 ialah
Nur Munira Binti Abdullah yang menetap di aras tiga blok mahsuri. Selain itu, warga blok mahsuri juga boleh berjumpa dengan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) aras masing-masing.
Antara MTM yang tinggal di blok mahsuri ialah di aras bawah, para warga boleh berhubung secara terus dengan
Che Wei Sien yang merupakan MTM dari
Exco Biro Pembangunan Kerjaya dan Alumni (PEKA). Manakala di aras satu terdapat dua orang MTM dimana berada di
wing kanan dan kiri. Di wing kanan ialah
Noraireena Binti Yem merupakan
Timbalan Presiden I manakala di wing kiri pula ialah
Maizatul Azieda Binti Mohd Hassan Adli iaitu dari
Exco Biro Sukan Siswi. Aras dua pula MTM arasnya terdiri daripada
Exco Biro Akademik (BAKA) iaitu
Amirah Binti Baharin.
Sebarang masalah atau cadangan boleh lah berhubung dengan mana-mana MTM atau dengan MTM aras masing-masing serta dengan Exco blok mahsuri sendiri ataupun anda boleh tinggalkan komen anda disini. Kerjasama anda semua sangat dihargai. Bersama-samalah kita menjadikan blok kita kearah kecermelangan. Semoga blok mahsuri terus maju sejajar dengan misi dan visi Kolej Canselor.
|
Nur Munira Binti Abdullah Exco Blok Mahsuri Aras 3 |
 |
Amirah Binti Baharin
Exco Biro Akademik Aras 2
|
Noraireena Binti Yem
Timbalan Presiden I
Aras 1 |
 |
Maziatul Azieda Binti Mohd Hassan Adli
Exco Biro Sukan Siswi
Aras 1 |
 |
Che Wei Sien
Exco Biro Pembangunan Kerjaya dan Alumni
Aras 0 |
|